SELAMAT DATANG

Post Terakhir!

Projek LYNAS Yang Boleh Mendatangkan Mudarat Kepada Rakyat

Isu semasa kalau nak di ikutkan, kalau dalam politik, semestinya berkaitan dengan isu Lynas Advanced Material Plant (LYNAS,Lamp) yang mana, merupakan projek yang bilamana kita bercakap tentang side effect "Radio Aktif", Orang bodoh pun tahu betapa bahayanya kepada manusia.

Berkaitan dengan isu tersebut, sebuah syarikat dari Autralia yang merupakan kilang membuat mentol lampu yang ada menggunakan radio aktif, ingin membangunkan sebuah kilang tersebut di negara kita, Malaysia. Untuk mendapat kelulusan bangunkan kilang itu diMalaysia, perlu mendapat kelulusan dari Sebuah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka. Jadi terfikir juga kenapa Kerajaan Malaysia boleh meluluskan projek tersebut sedangkan memang dah tahu side effect dalam negara ni.
Syarikat LYNAS tersebut tidak mahu bina kilang tersebut dekat Australia kerana mereka sendiri tahu side effect radio aktif. Jadi Kerajaan yang rasa-rasanya mungkin dah kena suap dengan rasuah, dah pun meluluskan projek tersebut. Loji yang memproses nadir bumi yang berharga 700juta itu mendapat lesen operasi awal bulan ini.



Najib ni tak fikir ke elok-elok, makin pelik rakyat dengan sikap Dato Sri Najib ni. Sampai bawa golongan otai-otai samseng untuk mengahalang perhimpunan dari pembangkang dan buat kacau. Cuba bayangkan kalau Najib sendiri yang duduk dekat kilang tuh, apa jadi?



Semoga perhimpanan Hijau 2.0 mendapat hasil yang lagi baik.. Dan sekirang tiada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan, kemungkinan perhimpunan 3.0 akan diadakan.. 

Kesimpulan: Sudah-sudah lah nak bodohkan rakyat. Tak boleh ke kalau buat dekat negara lain, kenapa perlu Malaysia, sedangkan Malaysia negara paling elok dan bersih dari radio aktif. Rakyat, pandai2 lah fikir.. Itu bukan sahaja isu politik, tapi ISU KESELAMATAN RAKYAT.

0 KOMEN.

Penipuan Air Asia Yang Sebenar - Perkhidmatan Lapangan Terbang Murah Yang Teruk

AirAsia dan Tony Fernandes
Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula kecil-kecilan dengan beberapa kapal terbang lama yang melalui destinasi domestic, CEOnya, Tony Fernandes telah Berjaya membina empayar syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi dari Asia sehingga NZ dan Eropah. Dia telah berjaya melalukannya tanpa bantuan kerajaan tidak seperti usahawan bumiputra.

Namun, kisah kejayaan AirAsia semakin dicemari dengan cerita dan khabar tentang cas, kualiti servis yang teruk, tiada fleksibiliti, cas tersembunyi, kadar tambang yang mengelirukan dan praktis anti penggunanya yang digunapakai untuk memaksimakan keuntungan sahaja. Apabila Malaysiakini, Malaysian Insider atau mana-mana portal berita online melaporkan tentang Airasia, sentiasa ada komen-komen negatif yang akan ditinggalkan oleh pembacanya berkenaan syarikat tambang murah itu. Ianya agak ganjil apabila syarikat kapal terbang tambang murah yang bertujuan untuk membekalkan perkhidmatan dengan kadar berpatutan menerima persepsi yang sebegini rupa daripada pengguna, dan nampaknya AirAsia juga berjaya melalukan itu.

Sejak bilakah AirAsia bertukar dari pilihan rakyat kepada alhi sihir yang rakus membolot wang? Sudah semestinya perubahan ini berlaku sudah lama dan bukannya hanya semalam. Persepsi negatif rakyat terhadap AirAsia telah mencapai tahap yang membimbangkan dan telah meninggalkan kesan pada perniagaan mereka. Saman daripada pemerhati konsumer Australia ACCA juga memburukkan lagi keadaan.
Meniru amalan lapuk

AirAsia banyak menggunapakai amalan yang dilakukan oleh syarikat tambang murah yang lain seperti Virgin Airways tetapi ada yang diikutinya sudah menjadi amalan lapuk atau tidak sesuai dengan budaya pengguna tempatan. Ia Nampak bijak untuk tidak menerima penumpang yang tiba 1 minit lambat selepas kaunter tutup supaya dia terpaksa membeli tiket yang baru. Tapi, rakyat Malaysia mendapati ini agak keterlaluan terutamanya apabila syarikat kapal terbang yang lain begitu fleksibel. MAS akan membenarkan anda mendaftar masuk jika anda boleh tiba di dewan berlepas selagi kapal terbang belum berlepas.

0 KOMEN.

Isu Anwar Ibrahim - Keputusan Mahkamah Pada Hari Ini

Seramai 4000 lebih orang telah berkumpul dihadapan Mahkamah Jalan Duta sejak semalam dengan aman tanpa sebarang keganasan. Keputusan mahkamah pagi tadi pada pukul 9 lebih, mahkamah telah mengeluarkan keputusan bahawa dato Sri Anwar didapati tidak bersalah.. Kerana tidak mencukupi bukti yang kukuh. 
Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.
Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.
“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.
Dan apabila Shaiful menerima keputusan dari mahkamah?

0 KOMEN.

Kenapa Afdhlin Shauki Dan Harun Salim Bachik Masuk Umno?

Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau akan menyertai UMNO bersama rakan lawaknya dari kumpulan Boboi, Harun Salim Bachik. Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun berkata, penyertaannya di dalam parti itu adalah hasil perbincangannya dengan ramai sahabatnya sebelum ini.

0 KOMEN.