SELAMAT DATANG

Post Terakhir!

Isu Anwar Ibrahim - Keputusan Mahkamah Pada Hari Ini

Seramai 4000 lebih orang telah berkumpul dihadapan Mahkamah Jalan Duta sejak semalam dengan aman tanpa sebarang keganasan. Keputusan mahkamah pagi tadi pada pukul 9 lebih, mahkamah telah mengeluarkan keputusan bahawa dato Sri Anwar didapati tidak bersalah.. Kerana tidak mencukupi bukti yang kukuh. 
Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.
Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.
“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.
Dan apabila Shaiful menerima keputusan dari mahkamah?

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila membebaskan bekas majikannya itu daripada tuduhan kes liwat yang dibuatnya tiga tahun lalu
 
” Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuaNya.  Akn trs tenang, doa, istiqamah & sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” katanya dalam twitter miliknya.

Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.
Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah.
Mohd. Saiful Bukhari dalam blognya turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya sebelum ini. Dia juga meminta semua terus berdoa agar kebenaran membabitkan kes itu muncul. Dia turut menyelitkan sepotong ayat Al-Quran;
 
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (At-Taubah 9:129)
 
Mohd. Saiful Bukhari turut menulis – Yang pasti, jika diambil nyawa, akan pergi dengan tenang, tiada lagi berhutang “Kebenaran” dengan sesiapa.
Dia dijangka mengulas keputusan mahkamah dalam blognya dalam masa terdekat - Oleh SYAHRIL A. KADIR

P/s: Allah lebih mengetahui siapa yang lebih benar.. Dan Shaiful akan dikenakan hukuman dimahkamah syariah melalui Qazaf. Peace Malaysia bebeyh.
Top news today dalam semua berita dunia. :)

0 Comments to “Isu Anwar Ibrahim - Keputusan Mahkamah Pada Hari Ini”

Post a Comment