SELAMAT DATANG

Post Terakhir!

Projek LYNAS Yang Boleh Mendatangkan Mudarat Kepada Rakyat

Isu semasa kalau nak di ikutkan, kalau dalam politik, semestinya berkaitan dengan isu Lynas Advanced Material Plant (LYNAS,Lamp) yang mana, merupakan projek yang bilamana kita bercakap tentang side effect "Radio Aktif", Orang bodoh pun tahu betapa bahayanya kepada manusia.

Berkaitan dengan isu tersebut, sebuah syarikat dari Autralia yang merupakan kilang membuat mentol lampu yang ada menggunakan radio aktif, ingin membangunkan sebuah kilang tersebut di negara kita, Malaysia. Untuk mendapat kelulusan bangunkan kilang itu diMalaysia, perlu mendapat kelulusan dari Sebuah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka. Jadi terfikir juga kenapa Kerajaan Malaysia boleh meluluskan projek tersebut sedangkan memang dah tahu side effect dalam negara ni.
Syarikat LYNAS tersebut tidak mahu bina kilang tersebut dekat Australia kerana mereka sendiri tahu side effect radio aktif. Jadi Kerajaan yang rasa-rasanya mungkin dah kena suap dengan rasuah, dah pun meluluskan projek tersebut. Loji yang memproses nadir bumi yang berharga 700juta itu mendapat lesen operasi awal bulan ini.



Najib ni tak fikir ke elok-elok, makin pelik rakyat dengan sikap Dato Sri Najib ni. Sampai bawa golongan otai-otai samseng untuk mengahalang perhimpunan dari pembangkang dan buat kacau. Cuba bayangkan kalau Najib sendiri yang duduk dekat kilang tuh, apa jadi?



Semoga perhimpanan Hijau 2.0 mendapat hasil yang lagi baik.. Dan sekirang tiada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan, kemungkinan perhimpunan 3.0 akan diadakan.. 

Kesimpulan: Sudah-sudah lah nak bodohkan rakyat. Tak boleh ke kalau buat dekat negara lain, kenapa perlu Malaysia, sedangkan Malaysia negara paling elok dan bersih dari radio aktif. Rakyat, pandai2 lah fikir.. Itu bukan sahaja isu politik, tapi ISU KESELAMATAN RAKYAT.

0 Comments to “Projek LYNAS Yang Boleh Mendatangkan Mudarat Kepada Rakyat”

Post a Comment